|
Dr. Hj. Muhammad Pauzi Bin Abd. Latif
Pengetua
Kolej Pendeta Za'ba
Universiti Putra Malaysia
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 
Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Teknikal Laman Web Kolej Pendeta Za’ba kerana telah berjaya menyiapkan laman web kolej bagi tahun 2008.
Sempena dengan usia kolej yang menghampiri 22 tahun sejak penubuhannya, telah tiba masanya Kolej Pendeta Za’ba meletakkan dirinya setaraf dengan kolej terkemuka yang lain. Mahasiswa yang mampu berfikir dengan berwawasan dan kritis akan berjaya menjamin masa depan, sebaliknya mahasiswa yang memilih untuk bersenang-lenang akan menghadapi kesukaran semasa era globalisasi ini. Menyedari hakikat ini, barisan Pengurusan Kolej Pendeta Za’ba komited terhadap pembangunan insan yang secara tidak langsung dapat menjamin tradisi kegemilangan kolej.
Sesungguhnya setiap langkah di kolej ini dapat menceritakan banyak peristiwa pahit dan manis yang telah dilalui oleh setiap mahasiswa yang menjejakkan kaki di kolej yang indah ini. Walau bagaimanapun saya pasti setiap pengalaman yang dilalui oleh setiap warga kolej berjaya membentuk graduan yang berkualiti dan disegani di mata masyarakat. Dengan berbekalkan tradisi “Hanya Yang Terbaik” dalam hati sanubari setiap warga kolej, jaminan kecemerlangan berada dalam tapak tangan setiap warga KPZ.
Ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui bacaan tetapi pengalaman memerlukan seseorang mahasiswa untuk sentiasa menerima dan memahami sebarang maklumat. Diharapkan agar segala maklumat berjaya disalurkan melalui laman web ini sebagai langkah pertama ke arah melahirkan mahasiswa yang memiliki ilmu dan berbakti kepada masyarakat terutamanya.
Semoga laman web ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada seluruh warga UPM dan masyarakat luar khususnya tentang kecemerlangan Kolej Pendeta Za’ba.
Sekian.
Dr. Hj. Muhammad Pauzi Bin Abd. Latif
Pengetua
Kolej Pendeta Za'ba
|
|
Last Updated ( Friday, 27 June 2008 )
|