MENGENAI KAMI | KOLEJ PENDETA ZA'BA

» MENGENAI KAMI

MENGENAI KAMI

Pada tahun 1986, Kolej Pendeta Za'ba dikenali sebagai Kolej Kediaman Kesembilan atau Kolej Bongsu. Dengan berkonsepkan nama lima buah blok kediaman iaitu Arif, Cendekia­wan, Pintar, Bijaksana dan Bestari, Tn. Haji Ali telah mengambil insiatif untuk menukar nama Kolej Kesembilan kepada Kolej Pendeta Za'ba.

Bergerak kepada sejarah penubuhan Kolej Tun Perak pula, dahulu ia dikenali dengan nama Kolej Kediaman Kelapan. Kesemua blok-blok di KTP telah dinamakan bersempena dengan nama pahlawan-pahlawan yang sohor dalam sejarah Melayu ketika dahulu. Antara nama pahlawan yang diguna pakai ialah Jebat, Lekiu, Lekir, Tuah dan juga Kasturi. KTP adalah kolej pertama yang memecah tradisi penamaan kolej kediaman di UPM dengan meletakkan nilai kemanusiaan di tempat yang tepat.

Pada tahun 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mewujudkan satu pelan penggabungan yang melibatkan jabatan-jabatan yang terdapat di sini iaitu Pelan Transformasi Governans. Tujuan pelan ini dirangka adalah untuk memaksimumkan penggunaan tenaga kerja dalam meningkatkan kadar keefisienan penyampaian perkhidmatan. Untuk menyahut seruan UPM dalam pelan ini, Kolej Pendeta Za’ba telah digabungkan dengan Kolej Tun Perak bermula pada Jun 2019 dan penstrukturan semula pengetua dan  pentadbiran kolej telah dibuat.

Kolej Pendeta Za'ba merupakan sebuah kolej yang telah siap dibina pada tahun 1986 dan dirasmikan...selanjutnya...
Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama...selanjutnya...
  Kolej Pendeta Za'ba ditadbir oleh pihak pentadbiran kolej yang menguruskan hal ehwal...selanjutnya...
SXDdQAk~