PENGENALAN | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» MENGENAI KAMI » PENGENALAN

PENGENALAN

Kolej Pendeta Za'ba merupakan sebuah kolej yang telah siap dibina pada tahun 1986 dan dirasmikan pada 17 Disember 1988 oleh Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan Arifin, Naib Canselor, Universiti Pertanian Malaysia ketika itu dan dikenali sebagai Kolej Kediaman Kesembilan atau Kolej Bongsu.

Tuan Hj. Ali Sheikh Hj. Yaacob merupakan pengetua kolej yang pertama. Di bawah pentadbiran beliau, Kolej Kesembilan mengamalkan cara hidup yang amat harmonis dan setiap daripada warga kolej adalah keluarga pada yang lainnya. Pada ketika itu, misi kolej adalah kreatif, produktif dan berdikari serta berkonsepkan "Ini Kolejku, Ini Rumahku".

Kemaskini:: 06/02/2024 [naterah]

PERKONGSIAN MEDIA

SXESKA5~