Kem Pemantapan Organisasi Siri Kedua Sesi 2017/2018 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » Kem Pemantapan Organisasi Siri Kedua Sesi 2017/2018

Kem Pemantapan Organisasi Siri Kedua Sesi 2017/2018

Tarikh: 22-27 Ogos 2017

Tempat: - Bilik Seminar, Kolej Pendeta Za’ba

  • D’Nelayan Riang Resort, Kemunting Pengkalan Balak, Melaka

 

Kem Pemantapan Organisasi Za’ba Siri 2 merupakan sebuah kem peringkat kolej yang diadakan khusus untuk ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa yang baru dilantik. Kem ini juga merupakan aktiviti tahunan yang wajib dijalankan setiap tahun. Selain untuk melahirkan barisan kepimpinan yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah dan cabaran, kem ini juga bertujuan untuk memperkasakan organisasi dan jati diri setiap ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa agar menjadi pemimpin yang berkualiti dan memiliki semangat berdaya saing yang tinggi. Di samping itu, kem ini turut diadakan untuk memberikan peluang kepada ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa untuk menilai keberkesanan setiap program serta untuk membentuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa dan mampu untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Kem Pemantapan Organisasi Za’ba Siri 2 2017 ini telah dirancang oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Pendeta Za’ba dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia. Kem ini dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa 1 pada 22 hingga 24 Ogos 2017 yang bertempat di Bilik Seminar Kolej Pendeta Za’ba manakala fasa 2 pada 25 hingga 27 Ogos 2017 bertempat di D’Nelayan Riang Ria Resort Pengkalan Balak, Melaka. Fasa 1 melibatkan perihal dalam kolej seperti pengurusan aktiviti dan pelajar, penyediaan kertas kerja dan perbincangan takwim aktiviti pelajar sepanjang sesi 2017/2018. Disamping itu, fasa 2 melibatkan kecergasan fizikal dan mental serta kemahiran berorganisasi dalam melatih kemahiran insaniah dalam diri masing-masing.

 Disediakan oleh, 

Nurfateha Binti Mohd Fauzi

Date of Input: 12/10/2017 | Updated: 12/10/2017 | nora

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEYCAq~