Minggu Perkasa Za'ba 2017 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » Minggu Perkasa Za'ba 2017

Minggu Perkasa Za'ba 2017

Tarikh :11 September 2017 (Sabtu) hingga 17 September 2017 (Ahad). 

Tempat : Kolej Pendeta Za’ba, UPM

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang pelajar baharu dan lama. Antara pengisian program ini majlis perasmian turut diadakan perasmian #sayangKPZ dan #KPZgogreen. Tambahan pula, Talk to Share With Alumni juga salah satu program dibawah Minggu Perkasa Za’ba, yang mana terdapat dua orang alumni Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) telah hadir bagi berkongsi pengalaman sepanjang mereka menetap di KPZ. Annual General Meeting juga diadakan bagi membenarkan para pelajar memilih exco mereka masing-masing berdasarkan minat mereka sendiri. Di samping itu, Hari Sukan Za’ba pada hari Ahad bagi memastikan warga kolej aktif dan sihat. Seterusnya, program Ceria Za’ba yang merupakan sebuah aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar kolej dan juga blok-blok di kolej ini. Akhir sekali, Minggu Perkasa Za’ba telah melabuhkan tirainya dengan pertandingan Teater Muzikal yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ oleh setiap blok pada 17 September2017. Keseluruhan pertandingan ini telah dimenangi oleh Blok Pintar.

 

Siti Aishah binti Rostam

Date of Input: 12/10/2017 | Updated: 12/10/2017 | nora

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXDdAAZ~