Bengkel Asas Perawatan Islam | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » Bengkel Asas Perawatan Islam

Bengkel Asas Perawatan Islam

SERDANG, 10 JANUARI 2023, Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan satu Bengkel Asas Perawatan Islam yang telah dijalankan di Bilik Seminar KPZ.

Bengkel ini dijalankan bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran mengenai asas perubatan islam berlandaskan al quran dan sunnah.

 

Peserta telah dibimbing oleh Ustaz Muhammad Norhisyam Bin Nordin, Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam UPM. Bengkel ini melibatkan penyertaan 17 peserta daripada staf, felo dan MPK, Kolej Pendeta Za’ba. Bengkel yang dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada warga KPZ mempelajari kaedah perawatan dalam menghadapi pelajar yang mengalami gangguan kerasukan dan sebagainya.

 

Disamping itu juga bengkel ini memberikan pengetahun kepada staf, felo dan MPK mengenai doa dan bacaan ayat al quran yang boleh dijadikan amalan yang dapat memberikan manafaat yang besar kepada diri masing-masing.

 

Hasil daripada bengkel ini juga membolehkan peserta menyediakan air penawar untuk rawatan dan juga bengkel lanjutan akan diadakan pada sesi yang akan  datang.

Tarikh Input: 12/01/2023 | Kemaskini: 12/01/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeFA7~