GOTONG - ROYONG EKSA KPZ | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » GOTONG - ROYONG EKSA KPZ

GOTONG - ROYONG EKSA KPZ

 

 

SERDANG, 9 JANUARI 2023- Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah telah mengadakan Gotong-Royong Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Kolej Pendeta Za’ba.

 

Gotong -royong ini telah dijalankan Zon Senyap Kolej Pendeta Za’ba yang telah disertai oleh 10 staf dibantu oleh pekerja pencuci dan pekerja landskap.  Gotong -royong dijalankan di kawasan stor e-waste dan stor meja pelajar dan almari pelajar bagi memastikan kawasan tersebut tersusun, bersih dan terjaga menggunakan kaedah 5S.

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Kaedah yang digunakan semasa gotong royong ini  adalah ‘Sisih’ merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak  diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini  membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada masa sekarang atau  masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang ditetapkan.  Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.

 

Gotong-royong yang dijalankan ini juga dapat membantu dalam merangka gerak kerja pelaksanaan EKSA di KPZ bagi memastikan bahawa kualiti dan produktiviti perkhidmatan dapat ditingkatkan dalam keadaan dan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

     

Tarikh Input: 12/01/2023 | Kemaskini: 12/01/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeGAu~