JALAN TAR DEPAN PAGAR P1 KEMBALI DITURAP. | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » "JALAN TAR DEPAN PAGAR P1 KEMBALI DITURAP."

"JALAN TAR DEPAN PAGAR P1 KEMBALI DITURAP."

Serdang, 12 Disember 2022 – Jalan tar di depan pagar P1 kembali diturap selepas bertahun dibiarkan berlubang dan tidak diselenggara. Jalan tar itu diturap sepenuhnya pada hari Rabu, 07 Disember 2022. P1 merupakan bahagian Kolej Pendeta Za’ba yang penting demikian kerana di kawasan P1 ini masih terletak pejabat Am KPZ yang masih beroperasi.

            Kawasan P1 menempatkan 5 blok kediaman iaitu Bestari, Bijaksana, Pintar, Arif dan Cendikiawan. Dahulu, jalan di hadapan pintu pagar P1 ini banyak yang rosak dan berlubang. Jalan yang berlubang dan rosak ini akan membahayakan pengguna jalan keluar dan masuk kawasan P1. Bukan setakat membahayakan pengguna jalan, malah boleh merosakkan fizikal tayar kenderaan yang melaluinya sekiranya masalah kerosakan ini tidak dibendung. Ramai pengguna yang telah merungut dan membuat aduan akan hal ini dan kebanyakan daripada mereka adalah pelajar KPZ P1 itu sendiri. Temu ramah bersama salah seorang pengguna jalan tersebut iaitu saudari Norfatihah yang merupakan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Pendeta Za’ba sesi 2022/2023 berkata,

“Saya sebagai penunggang motosikal yang pada setiap hari akan melalui jalan pagar itu untuk ke fakulti dan sebagainya berasa sangat tidak selamat dan terkadang saya terasa seolah-olah hilang kawalan apabila mahu bertembung dengan pengguna jalan lain yang datang dari arah bertentangan. Saya juga khawatir akan tayar motorsikal saya, risau tayar akan bocor setiap kali melalui besi pagar tersebut. Saya juga pernah memberi cadangan akan perkara ini kepada pihak pengurusan pada mesyuarat MPK yang lepas, dan alhamdulillah, adanya tindakan yang diambil daripada pihak mereka,” katanya apabila ditemu ramah semalam.

Kini, jalan tersebut sudah dibaik pulih dan kelihatan ramai pengguna jalan berasa gembira menggunakan jalan itu. Jalan yang semakin dibaik pulih itu kelihatan lebih selamat daripada sebelum ini. Penurapan semula jalan tar di kawasan ini lebih meningkatkan lagi imej kolej kepada orang awam lain yang datang ke KPZ.

Tarikh Input: 09/12/2022 | Kemaskini: 09/12/2022 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeHAi~