JIKA KEBAKARAN, KOLEJ PENDETA ZA'BA SELAMAT. | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » "JIKA KEBAKARAN, KOLEJ PENDETA ZA'BA SELAMAT."

"JIKA KEBAKARAN, KOLEJ PENDETA ZA'BA SELAMAT."

Serdang, 12 Disember 2022 – Kolej Pendeta Za’ba merupakan kolej yang pertama melakukan latihan kebakaran (firedrill) di kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi akademik 2022/2023. Latihan kebakaran tersebut dilakukan pada Khamis malam, 8 Disember 2022. Ramai pihak yang terlibat bagi menjalankan latihan kebakaran ini temasuk pasukan ERT yang baru dilantik. Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) yang dilantik terdiri dalam kalangan felo, Majlis Perwakilan Kolej dan wakil-wakil blok yang dilatih dan diberi taklimat dahulu sebelum diberikan tanggungjawab untuk menjadi pasukan keselamatan pertama yang menyelamatkan mangsa sekira berlakunya kecemasan.  Seramai lebih kurang 40 orang ERT yang telah dilantik yang terdiri daripada dalam kalangan barisan pengurusan kolej, felo, Majlis Perwakilan Kolej dan wakil-wakil blok telah dipertangggungjawabkan untuk melaksanakan latihan kebakaran ini. Latihan kebakaran ini hanya dilaksanakan di kawasan P2 Kolej Pendeta Za’ba. Terdapat beberapa unit yang diwujudkan bagi melancarkan latihan kebakaran ini iaitu unit pembekalan peralatan kecemasan, unit pembekalan makanan dan minuman, unit triangle perubatan, unit pertolongan cemas, unit dokumentasi dan rekod, unit pengungsian serta unit kawalan trafik.

Pegawai Pemantau daripada Unit Bantu, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM, Mula Encik Hasmi Bin Sulaiman hadir membuat penilaian latihan kebakaran tersebut. Menurut beliau,

“ Kolej Pendeta Za’ba berjaya mengadakan satu latihan kebakaran yang selamat tanpa mempunyai mangsa yang tercedera selain daripada mangsa yang berlakon sebagai orang yang tercedera. KPI untuk membawa kesemua mangsa kebakaran keluar daripada bangunan yang terbakar adalah selama 5 minit dan masa ini cukup untuk mengelakkan adanya mangsa yang rentung dan KPZ berjaya mencapainya. Bantuan kecemasan tiba di kawasan P2 iaitu kawasan yang terbakar sembilan minit selepas menerima panggilan dan ambulans 10 minit selepas loceng kebakaran dibunyikan,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teguran yang disampaikan oleh beliau terutama sekali tentang keselamatan blok dan bilik selepas kesemua mangsa kebakaran bagi latihan kebakaran ini keluar daripada bilik masing-masing ke tempat berhimpun di luar bangunan. Satu kejayaan buat Kolej Pendeta Za’ba yang berjaya menjalankan satu latihan kebakaran yang selamat dan melepasi KPI yang ditetapkan. Tahniah kepada semua warga yang terlibat.

 

 

Tarikh Input: 12/12/2022 | Kemaskini: 12/12/2022 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeGAw~