MAJLIS MERAIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » MAJLIS MERAIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR

MAJLIS MERAIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDETA KALI KE-27 (MAKP27)

Pada 11 Disember 2018 bersamaan dengan hari selasa, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendeta Kali ke-27(MAKP27). Dengan bertemakan ‘Alam Kayangan Melayu’ dan membawa motto, Menggapai Harapan, Seindah Kayangan. Untuk makluman, MAKP-27 merupakan aktiviti tahunan dan telah menjadi satu tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. Ia merupakan satu acara kemuncak bagi setiap tahun yang sering ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, khususnya pelajar tahun akhir Kolej Pendeta Za’ba. Program ini merupakan platform untuk meraikan dan juga untuk menghargai Pelajar Tahun Akhir Kolej Pendeta Za‘ba yang telah banyak menyumbang kepada kolej. Program ini juga bertujuan sebagai platform untuk pelajar merapatkan hubungan silaturahim sesama pelajar, AJK pelaksana dan juga pihak pengurusan Kolej Pendeta Za’ba.

 

 

Program ini adalah anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2018/2019 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Pendeta Za’ba serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia. Pada malam tersebut, majlis telah dirasmikan oleh Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris iaitu Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia.

 

 

Tarikh Input: 01/08/2019 | Kemaskini: 01/08/2019 | nora

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEYRAl~