MALAM TUNAS BUDAYA SESI 2018/2019 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » MALAM TUNAS BUDAYA SESI 2018/2019

MALAM TUNAS BUDAYA SESI 2018/2019

Pada 30 September 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Malam Tunas Budaya 2018 (MTB 2018) di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Program ini diadakan bersempena dengan kemasukan pelajar tahun satu sesi 2017/2018 dan bertemakan Sayangi Malaysiaku”.

 

            Sudah kali ketiga Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) telah membuat gabungan bersama Kolej Mohamad Rashid (KMR) dan lebih menarik lagi untuk gabungan sesi kali ini adalah pertama kalinya kedua-dua kolej kediaman ini di bawah satu naungan pengetua yang sama iaitu Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad. Dengan itu, para Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM 2017/2018) dari Exco Kesenian dan Kebudayaan kedua-dua kolej telah melakukan sesi ujibakat untuk mencari para peserta untuk mewakili gabungan kedua-dua kolej kediaman untuk MTB 2018. Gabungan kedua-dua kolej ini sekali lagi membawa nama produksi yang unggul iaitu Pendeta Fansuri dengan menghasilkan persembahan tarian yang berkonsepkan formasi yang bercirikan citrawarna yang menunjukkan perpaduan masyarakat di Malaysia.

            Latihan telah dilakukan di Dewan Putra 3, UPM dengan bantuan para felo pemantau, para MTM KPZ dan KMR dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Produksi kita mendapat nombor giliran yang kedua dan kami membawa tema “Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas”. Pada malam persembahan, juri yang hadir merupakan dari artis-artis yang terkenal, perjalanan persembahan pada malam itu lancar cuma penambahbaikan yang boleh dibuat mungkin pada urusan teknikal pentas dan arahan “que” masuk ke pentas. Pada malam pengumuman anugerah Pendeta Fansuri tidak merangkul apa-apa anugerah daripada pihak juri namun semangat optimis yang diberi oleh pihak felo, MTM dan para peserta harus diberi pujian kerana menunjukkan sikap profesionalisme.

Sekian,

“HANYA YANG TERBAIK”

Laporan disediakan oleh ;

(MUHAMMAD NUQMAN HAKIM BIN MOHAMAD)

Pengurus.

Malam Tunas Budaya 2018

Exco Kesenian dan Kebudayaan

Kolej Pendeta Za’ba

Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 09/10/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | nora

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeDAa~