MINGGU PERKASA PUTRA 2018/2019 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » MINGGU PERKASA PUTRA 2018/2019

MINGGU PERKASA PUTRA 2018/2019

 

Pada 2 sehingga 8 September telah berlangsungnya Minggu Perkasa Putra (MPP) UPM sesi 2018/2019 dimana para pelajar baharu akan mendaftar dikolej masing-masing. Bagi Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) jumlah pelajar yang mendaftar pada sesi kali ini  lebih tinggi berbanding sesi sebelumnya. Kira-kira 160 orang pelajar telah mendaftar di KPZ. Sepanjang MPP ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti dan program yang telah disediakan oleh pihak UPM mahupun kolej sendiri.

            Antara program yang telah mereka ikuti adalah sesi perjumpaan bersama pengetua kolej dimana pelajar baharu Kolej Mohamad Rashid (KMR) telah bersama-sama mengikuti sesi ini memandangkan  kolej KPZ dan KMR adalah kolej gabungan. Selain itu, program lain seperti taklimat Badan Beruniforn, berkaitan PUTRA ID, taklimat difakulti mahupun di Dewan Besar serta majlis ikrar. Senarai aktiviti ini merupakan antara yang telah dijalankan oleh pihak universiti sendiri dimana agak berbeza dengan aktiviti dikolej yang diuruskan oleh fasilitator kolej.

            Antara tugas fasilitator-fasilitator yang telah dilantik seperti memastikan jumlah pelajar keluar dan masuk KPZ adalah sama sekaligus memastikan keselamatan pelajar terjamin. Aktiviti pelajar apabila keluar dari kolej akan diuruskan oleh fasilitator universiti. Pada setiap malam setelah pulang dari aktiviti bersama pihak universiti, pelajar akan bersama fasilitator kolej untuk menjalankan aktiviti bersama seperti berlatih menyanyikan lagu Putra Gemilang dan Warisan Za’ba Terbilang serta belajar cheers. Terdapat juga aktiviti indoor yang telah disediakan bagi merapatkan lagi hubungan sesama warga kolej.

            Di samping itu, aktiviti seperti gotong-royong telah dilaksanakan bagi menambah baik kawasan KPZ seperti menanam pokok, membersihkan tugu KPZ, membuat mural didinding dewan, mengecat bahu jalan dan mengecat tapak parking. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai. Hasil yang positif telah dicapai melalui aktiviti gotong-royong ini. Pada hari terakhir MPP, para pelajar telah bersama-sama berkumpul di Bukit Ekspo untuk berlawan cheers sesama kolej serta mendaftar untuk persatuan yang mereka minati dibazaar persatuan yang telah tersedia. Pertandingan cheers antara kolej telah dimenangi oleh Kolej Tun Perak sebagai Johan keseluruhan.

             

                                                                                                                                                                                               

 

 

Tarikh Input: 07/09/2018 | Kemaskini: 27/09/2018 | nora

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeHAa~