MINGGU PERKASA ZA'BA 2018/2019 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » MINGGU PERKASA ZA'BA 2018/2019

MINGGU PERKASA ZA'BA 2018/2019

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) atau nama lainnya Minggu Perkasa Za’ba (MPZ) telah diadakan pada 12 hingga 16 Sept 2018. Program ini merupakan satu program tradisi kolej yang dijalankan untuk mengalukan kehadiran pelajar baharu ke KPZ.

 

Objektif utama MPZ  adalah untuk mewujudkan ukhwah  dalam kalangan mahasiswa baharu dan lama serta memupuk perasaan cinta akan kolej. Sepanjang minggu tersebut, para pelajar memperoleh banyak input yang menarik dan berinformasi menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang menarik adalah “Kongsi Bicara” bersama alumni KPZ yang telah hadir bagi berkongsi pengalaman mereka menetap di KPZ dan memberikan nasihat serta galakan kepada mahasiswa baharu dalam menempuh alam universiti. Selain itu, aktiviti “Ceria Za’ba” iaitu aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar KPZ turut diadakan. Dalam pada itu, terdapat juga Mesyuarat Perdana Tahunan di mana pelajar dibenarkan memilih e yang mereka ingin sertai berdasarkan minat mereka masing-masing.

 

Pada hari penutupan MPZ, pertandingan teater muzikal dengan bertemakan ‘PENCAPAIAN MALAYSIA’ telah diadakan. Pertandingan tersebut telah dimenangi  oleh Blok Pintar dan diikuti oleh Blok Cendekiawan, Blok Bestari, Blok Arif, dan Blok Bijaksana. Secara keseluruhannya, MPZ telah memberi banyak pendedahan khususnya kepada mahasiswa baharu tentang KPZ. Diharap segala maklumat yang diperolehi dapat membantu mahasiswa baharu dalam menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia..

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 27/09/2018 | nora

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeDAE~