SERDANG , 11 JULAI 2024 - Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan 'Read @ UNI Sudut Pendeta telah dijalankan di Kolej Pendeta Za'ba dengan kehadiran dua (2) juru daripada Perputakaan Sultan Abdul Samad, UPM iaitu Puan Najah Binti Mohd Ali dan Puan Emelda Mohd Hamid yang telah menjadi juri untuk sembilan (9) buah kolej-kolej kediaman UPM.
Penjurian sudut bacaan menekankan beberapa aspek penilaian seperti promosi, aktiviti sudut bacaan, idea inovasi dan penjanaan. Kolej Pendeta Za'ba telah menjalankan aktiviti sudut bacaan secara mingguan setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi dengan pengisian aktiviti seperti siri bedah buku, bacaan yasin, perjumpaan pengetua bersama MPK, lawatan penanda aras dan sesi membaca bersama.
Disamping itu juga kolej akan meningkatkan aktiviti sudut bacaan dengan meningkatkan aktiviti bersama pihak komuniti dan industri dan akan melibatkan penglibatan keseluruhan keseluruhan pelajar di sepuluh (10) blok kediaman.
Pembentangan telah disampaikan oleh Puan Norazlina Zulkefli, Penolong Pendaftar Kanan Kolej Pendeta Za'ba yang telah bermula pada jam 2.30 petang dan sesi penjurian telah tamat pada jam 3.30 petang.

Tarikh Input: 12/07/2024 | Kemaskini: 12/07/2024 | norazlinazul

KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN