Penyampaian Hadiah Hari Sukan Felo & Staf Kolej Kediaman | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » Penyampaian Hadiah Hari Sukan Felo & Staf Kolej Kediaman

Penyampaian Hadiah Hari Sukan Felo & Staf Kolej Kediaman

SERDANG, 12 JANUARI 2023- Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan gabungan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSAS) telah memenangi beberapa acara sukan semasa Hari Sukan Felo & Staf Kolej Kediaman Tahun 2022 yang telah dijalankan pada 25 Mei hingga 29 Jun 2022 yang lepas.

 

Sebanyak enam (6) acara telah dipertandingkan iaitu karom, badminton, bola jaring, futsal, bola tampar dan ping pong. Daripada 6 perlawanan tersebut gabungan KPZ dan KOSAS telah memenangi Johan bagi acara bola tampar dan ping pong, manakala bola jaring telah mendapat tempat kedua, badminton bergu wanita dan futsal mendapat tempat ketiga semasa Majlis Penyampaian Hadiah Hari Sukan Felo & Staf Kolej Kediaman.

 

         

Menurut ucapan Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Prof. Madya Dr. Amini Amir Bin Abdullah telah menyatakan untuk memperhebatkan lagi Hari Sukan Felo & Staf Kolej Kediaman Tahun 2023 dengan penambahan enam (6) acara iaitu acara memanah, golf, sepak penalti, dart, catur dan memancing akan diketengahkan untuk tahun 2023 ini.

Hari Sukan Felo & Staf Kolej Kediaman ini adalah salah satu program untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan kecergasan diri serta kecerdasan minda di samping merapatkan hubungan dalam kalangan warga kolej kediaman. Semangat kesukanan yang tinggi dan dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua wakil gabungan dapat meningkatkan gaya hidup sihat bagi staf dan felo kolej kediaman, Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 16/01/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeDAW~