PESKON 2025 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » PESKON 2025

PESKON 2025

 

SERDANG, — Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) terus mengukuhkan reputasinya dalam bidang seni budaya apabila berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Tarian Etnik Kreatif sempena Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian (PESKON) Universiti Putra Malaysia. Pertandingan yang berlangsung meriah di kampus UPM itu menyaksikan penyertaan 8 buah kolej kediaman, masing-masing menampilkan kreativiti dan identiti etnik Malaysia secara unik dan memukau.

Pasukan Sri Dewangga Za’ba yang mewakili KPZ tampil dengan persembahan bertenaga, kemas dan penuh penghayatan, sekali gus menarik perhatian penonton serta panel juri. Selain meraih tempat ketiga keseluruhan, KPZ turut mencatat pencapaian manis apabila salah seorang penari berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penari Wanita Terbaik, menambahkan lagi seri kejayaan KPZ pada tahun ini.

 

 


Penganjuran kali ini turut menyaksikan penglibatan pasukan nasyid Zahirul Haq yang dianggotai sepenuhnya oleh pelajar tahun pertama. Meskipun tidak meraih kedudukan utama, pasukan ini tetap menerima sijil saguhati sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigih, keberanian dan semangat mereka menyertai pertandingan buat julung kalinya.

Menurut penerima Anugerah Penari Wanita Terbaik, kejayaan KPZ adalah hasil latihan intensif serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih, rakan-rakan dan juga alumni. “Kami sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Ia memberi motivasi kepada kami untuk terus aktif dalam seni dan budaya,” katanya.


Pertandingan Tarian Etnik Kreatif tahun ini menampilkan persaingan sengit melalui pelbagai konsep tarian tradisional dan kontemporari. Kehadiran warga kolej serta sokongan padu alumni turut menyuntik semangat para peserta KPZ untuk memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut.

Tarikh Input: 12/12/2025 | Kemaskini: 12/12/2025 | nuriznifasihah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6068
00000
X, (03:03:29am-03:08:29am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]