SAMBUTAN BULAN BAHASA KEMBALI LAGI ! | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » SAMBUTAN BULAN BAHASA KEMBALI LAGI !

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEMBALI LAGI !

Pada 17 hingga 24 Oktober 2018 yang lalu, satu program anjuran kolej kediaman ke-9, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu program Sambutan Bulan Bahasa Za’ba kali Ke-tiga atau lebih dikenali dalam kalangan warga universiti sebagai SAMBA ZA’BA 3.0. 

SAMBA diadakan dengan SAMBA ZA’BA 3.0 ini tujuan untuk menyokong penuh hasrat kerajaan dalam mendidik masyarakat berbilang bangsa agar dapat menyemarakkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam pelbagai aspek yang mampu memacu ke arah kelestarian bahasa itu sendiri sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik. Program kali ini diadakan di peringkat inter-varsiti juga sejajar dengan program tahunan Negara yang disambut bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang berlangsung pada bulan Oktober setiap tahun.

Menurut Saudara Mohd Kamal Mujaddid bin Kamal Hisham, penyertaan pada kali ini adalah diluar jangkaan. Lebih daripada 300 peserta telah mendaftar untuk keseluruhan aktiviti yang dipertandingkan. Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah mengambil bahagian adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Rembau, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Pagoh dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Pelbagai aktiviti kebahasaan seperti debat, pantun, pidato, sajak, cerpen, teka silang kata dan sahibba telah dipertandingkan bagi meningkatkan semangat kecintaan rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi terhadap kepentingan bahasa, sastera dan budaya Melayu.

SAMBA ZA’BA 3.0 pada kali ini telah diserikan lagi dengan upacara perasmian oleh sasterawan negara, YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan pada 18 Oktober 2018. Beliau turut bersetuju bahawa program seperti ini wajar di adakan dan disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia pada masa akan datang. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah SAMBA ZA’BA 3.0 telah disempurnakan oleh Puan Aminah

 

SAMBA ZA’BA 3.0 pada kali ini telah diserikan lagi dengan upacara perasmian oleh sasterawan negara, YBhg. Dato’ Dr. Zurinah Hassan pada 18 Oktober 2018. Beliau turut bersetuju bahawa program seperti ini wajar di adakan dan disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia pada masa akan datang. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah SAMBA ZA’BA 3.0 telah disempurnakan oleh Puan Aminah Binti Awang Basar selaku Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dari Dewan Bahasa dan Pustaka pada malam 24 Oktober 2018. Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Rembau telah muncul sebagai pemenang dan membawa pulang piala pusingan  bagi pertandingan debat, manakala bagi piala pusingan pantun pula Berjaya diraih oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Pagoh. Secara keseluruhannya, SAMBA ZA’BA 3.0 kali ini telah di realisasikan  dengan jayanya dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari pelbagai pihak. Harapan pengarah, agar SAMBA ZA’BA ini diteruskan pada masa hadapan dengan lebih baik dan gemilang.

 

 

Tarikh Input: 25/07/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nora

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEbJAW~