SUKZA 5.0 MENYATUPADUKAN WARGA KOLEJ | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » SUKZA 5.0 MENYATUPADUKAN WARGA KOLEJ

SUKZA 5.0 MENYATUPADUKAN WARGA KOLEJ

Serdang, 22 Mac 2023 – Sukan Kolej Pendeta Za’ba 5.0 (SUKZA 5.0) telah melabuhkan tirai pada 19 Mac 2023 (Ahad) malam. Sudah menjadi tradisi bagi Kolej Pendeta Za’ba akan mengadakan SUKZA pada setiap tahun memandangkan sukan ini banyak memberikan faedah dan impak yang besar kepada warga kolej terutamanya para pelajar Kolej Pendeta Za’ba. SUKZA 5.0 ini dikendalikan oleh Kluster Patriotisme dan Perpaduan Majlis Perwakilan Kolej. Diketuai oleh Pengarah SUKZA 5.0 saudara  telah memperlihat bahawa SUKZA kali ini berjaya dilaksanakan sehingga ke penghujung. SUKZA 5.0 telah berlangsung selama seminggu pada minggu pertama semester kedua sesi akademik 2022/2023.

Majlis perasmian telah diadakan bermula pada 13 Mac 2023 dan dirasmikan oleh YBrs. LT. Kol. Bersekutu (PA) Prof Madya Dr. Mohd Azani Alias di Dewan Kolej Pendeta Za’ba. Beliau menyampaikan ucapan perasmian dengan ringkas dan padat dan hasrat utama beliau ialah supaya SUKZA 5.0 pada kali ini mampu menyatupadukan warga kolej serta melahirkan atlet pelapis kolej pada masa akan datang.

Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan dengan terdapat enam buah rumah sukan yang bersaing. Rumah sukan pada kali ini diambil sempena nama raksasa dan fairy tale iaitu antaranya ialah Phoenix yang mewakili rumah merah, Pegasus rumah ungu, Elves rumah hijau, Hydra rumah biru, Basilisk rumah kuning dan Dragon mewakili rumah oren. Antara acara sukan yang dipertandingkan bagi peringkat rumah sukan ialah futsal, dodgeball, bola jaring, bola keranjang, fresbie, catur, dan bola tampar.

SUKZA 5.0 kali ini telah menobatkan rumah sukan Pheonix sebagai juara keseluruhan SUKZA 5.0 dengan 4 emas dan 3 perak. Rumah sukan yang berada sebagai naib johan keseluruhan dengan 2 emas dan 2 perak ialah Elves dan tempat ketiga ialah rumah sukan Hydra dengan 2 emas dan 1 perak. Kemudian, tempat keempat diikuti rumah sukan Pegasus dengan 3 perak seterusnya rumah sukan Dragon 2 emas dan akhir sekali Basilisk 1 emas.

Majlis Perasmian Penutupan diraikan dengan penuh meriah dan gamat sekali. Pengumuman pemenang bagi setiap acara sukan diadakan pada malam tersebut. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Felo Pemantau Kluster Patriotisme & Perpaduan iaitu En. Mohamed Syukri Mohamed Noor. Rasionalnya SUKZA 5.0 ini diadakan pada awal semester adalah untuk mewujudkan satu semangat bersatu padu dalam kalangan warga kolej serta merapatkan lagi ukhawah antara penghuni blok KPZ. Diharapkan juga SUKZA yang akan datang diadakan dengan lebih meriah lagi serta mampu untuk mencapai sasaran dan objektif yang lebih tinggi lagi.

Tarikh Input: 26/03/2023 | Kemaskini: 27/03/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeFAB~