RABU (11/2/2026)
Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyalurkan sumbangan makanan dan bahan masakan kepada Dapur Siswa Madani di Kolej Pendeta Za’ba sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar, khususnya dalam aspek keperluan makanan harian, di samping memastikan kelangsungan operasi dapur siswa berjalan dengan lancar. Antara barangan yang disumbangkan termasuk beras, sardin, garam, tepung serta pelbagai bahan keperluan asas lain yang sering digunakan dalam penyediaan makanan. Sumbangan ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja membantu dari segi bekalan makanan, malah memberi sokongan moral kepada para pelajar untuk terus menjalani kehidupan kampus dengan lebih selesa dan teratur.

Pihak Kolej Pendeta Za’ba merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni UPM atas komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkan. Diharapkan usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang serta menjadi contoh kepada pihak lain dalam menyemai budaya prihatin dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.
Tarikh Input: 11/02/2026 | Kemaskini: 16/02/2026 | syafiqammar

KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN