SUMBANGAN MAKANAN PERCUMA SEMPENA ZA'BA ISLAMIC FESTIVAL | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » SUMBANGAN MAKANAN PERCUMA SEMPENA ZA'BA ISLAMIC FESTIVAL

SUMBANGAN MAKANAN PERCUMA SEMPENA ZA'BA ISLAMIC FESTIVAL

Serdang, 27 Mac 2023 - Program Za'ba Islamic Festival telah memberikan sumbangan makanan kepada pelajar Kolej Pendeta Za'ba pada 26 Mac 2023 (Ahad) semalam.

Agihan makanan percuma tersebut diinfaqkan oleh seorang peniaga kecil-kecilan yang bernama saudari Nurul 'Atiya. Beliau telah menyediakan sebanyak 250 pek sagu gula melaka dan agihan tersebut diberikan di dewan KPZ P1 pada jam 6:30 petang.

Disamping itu, pihak kolej juga ada menyediakan juadah berbuka puasa sebanyak 50 pek pada setiap hari. Sumbangan makanan tersebut turut diedarkan di Dewan KPZ p1 bermula jam 6:30 petang.

Semoga dengan sumbangan makanan percuma yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar dalam membeli juadah berbuka puasa. Didoakan juga Cik Nurul 'Atiya sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan pahala yang berlipat-ganda sempena pada bulan Ramadhan ini termasuklah kepada mereka yang turut sama-sama menyumbang bagi juadah berbuka puasa pada setiap hari.

   

Tarikh Input: 01/04/2023 | Kemaskini: 01/04/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeEAO~