TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2023/2024 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2023/2024

TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2023/2024

 

22 Januari 2024, Serdang – Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2023/2024. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pencerahan tentang EKSA kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebelum sesi Penilaian EKSA dilaksanakan pada 30 Januari 2024.  Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk:

 

  1. Meningkatkan pemahaman berkaitan kaedah penilaian EKSA.
  2. Memudahkan penilai menjalankan penilaian berdasarkan kriteria dan etika yang ditetapkan.
  3. Memastikan penilaian dilaksanakan mengikut piawaian dan garis panduan yang telah dibangunkan di UPM.

 

Seramai 22 orang yang terdiri daripada staf, felo dan pelajar telah hadir pada sesi taklimat yang diadakan ini. Taklimat disampaikan oleh seorang pegawai UPM iaitu Encik Sahrizan Mat Yatim Selaku Fasilitator EKSA KPZ. Antara topik yang menjadi pengisian kepada taklimat ini adalah seperti berikut:

 

  1. Matlamat, Tujuan dan Kaedah Penilaian EKSA.
  2. Pelan Pelaksanaan EKSA UPM.
  3. Komponen Penilaian EKSA.

 

Taklimat ini diharap dapat membantu kelancaran proses penilaian dan pemarkahan EKSA dalam PTJ selari dengan menyahut seruan keperluan universiti.

Tarikh Input: 01/02/2024 | Kemaskini: 06/02/2024 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEdHAv~