ZA'BA EDIBLE GARDEN | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » ZA'BA EDIBLE GARDEN

ZA'BA EDIBLE GARDEN

Serdang, 22 Mac 2023

Kolej Pendeta Za’ba (P2) di bawah Kluster Kelestarian Pertanian dan Kehidupan Kampus telah melancarkan Edible Garden di KPZ P2 pada 19 Mac 2023 (Ahad). Edible Garden ini telah dirasmikan oleh YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias, Pengetua, Kolej Pendeta Za’ba, UPM pada jam 5:30 petang. Gimik ringkas iaitu memotong beberapa biji cili padi pada pokok cili dilakukan oleh beliau bersama-sama Ketua Felo iaitu En. Mohd Shahfuan Azizan yang turut hadir petang itu.

 
 
 
 

Edible Garden merupakan program pertanian KPZ yang diwujudkan untuk memberi focus utama kepada tanaman bersifat makanan. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kelestarian kolej dengan aktiviti pertanian. Antara contoh pokok yang boleh ditanam bagi memenuhi kosa kata ‘Edible Garden’ ini ialah seperti sawi, kangkong, terung, timun, tomato, dan lain-lain. Semua tanaman yang boleh dibuat makanan adalah Edible Garden.

 

 
  

YBrs. Dr. berhasrat dengan adanya Edible Garden ini di setiap  blok dalam kolej dapat membantu pelajar KPZ memperoleh bekalan makanan secara alami dan melatih pelajar untuk makan makanan yang alami dan bersumberkan organik. Beliau turut menambah, dengan adanya Edible Garden ini melatih warga kolej untuk menghargai alam sekitar serta berusaha bagi menanam sikap suka bercucuk tanam selain boleh memperindah prasarana kolej. 

      

 
 
 
 

 

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 25/03/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeHAN~