Idea penubuhan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) pada peringkat awalnya diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 yang pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri semasa beliau berucap sempena pelancaran Ekspo Konvokesyen ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok,Kedah.
Hasrat untuk membentuk sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dandilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi.
Mengikut catatan sejarah, satu pasukan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia USM (SSPDRM) ala Kor SUKSIS sekarang telah pun sedia wujud di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1985. Dukacitanya,program ini hanya bertahan selama 4 tahun sahaja disebabkan masalah pengurusan logistik dan kewangan. Selepas saranan YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, idea penubuhan Kor SUKSIS di seluruh IPTA disemarak semula pada tahun 2003.
Hasil perbincangan dan rundingan pertama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan PDRM, keputusan bersama dicapai bagi mewujudkan kumpulan pertama Kor SUKSIS IPTA di UUM seramai 75 orang siswa/siswi yang dikenali sebagai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau Kor SUKSIS. Sehingga kini, 20 buah IPTA di Malaysia telah menubuhkan Kor SUKSIS sebagai salah satu kursus ko-kurikulum.