SEJARAH PENUBUHAN | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» SUKSIS » SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN

Proses penubuhan SUKSIS adalah untuk menyahut saranan YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Abmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Dalam Negeri yang telah mencadangkan penubuhan Kor SUKSIS di semua IPTA semasa lawatan kerja beliau ke Bukit Aman pada 4 Februari 1999.

Pada tahun 2002, YAB Dato’ Seri Abdullah selaku Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Omar Bakri untuk membangunkan satu kurikulum di universiti-universiti yang dapat mendekatkan jurang pemisah di antara pelajar dan polis di samping penubuhan Kor Kadet Polis (sekolah menengah) dan Sukarelawan Polis (PVR) yang telah sediada.

Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis atau PVR yang terkandung dalam Akta Polis 1967. Ini bermakna kesemua anggota Kor SUKSIS adalah dilantik sebagai anggota sukarelawan polis dan mereka berhak menikmati semua keistimewaan serta kuasa-kuasa seorang anggota polis semasa bertugas menjalankan urusan rasmi atau latihan.

Hasrat untuk membentuk jawatan sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi mengikut acuan Polis Diraja Malaysia.

Modul latihan selama tiga tahun yang dibentuk khas itu memberi penekanan bagi menanam kefahaman terhadap kerjaya kepolisan di kalangan pelatih di samping melengkapkan diri daripada segi ketahanan mental, fizikal dan disiplin diri. 
 
OBJEKTIF
Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat jati diri dan disiplin yang tinggi
Membentuk mahasiswa yang intelektual dan berkarisma dalam kepimpinan
Memupuk semangat setia kawan di kalangan mahasiswa yang berbilang kaum dan agama.

Kemaskini:: 27/11/2020 [naterah]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdRA7~