CLOSING CEREMONY | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » CLOSING CEREMONY

CLOSING CEREMONY

Kolej Pendeta Za’ba 22 Sept. -Majlis Penutupan Minggu Perkasa Za’ba telah berlangsung pada jam 8:00 malam sehingga 11:30 malam di Dewan Baharu, KPZ. Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Dr. Roslan bin Sulaiman (TNC HEPA UPM), pengetua KPZ, pengetua Kolej 10, pihak pengurusan KPZ, barisan felo, presiden Kolej Pendeta Za’ba serta pengarah Minggu Pendeta Za’ba. Program ini turut disertai oleh para pelajar KPZ. Penutupan Minggu Perkasa Za’ba ini telah dirasmikan oleh Pengetua KPZ iaitu Prof. Madya Dr. Arifin Abdu. Sorotan bagi penutupan ini adalah pertandingan persembahan bertemakan kisah dongeng melayu yang diadakan antara blok di Kolej Pendeta Za’ba. Pertandingan ini dinilai oleh juri-juri profesional. Keputusan pertandingan persembahan adalah seperti yang berikut :

 

Tempat Pertama : Blok Lekiu

Tempat ke-2 : Blok Lekir

Tempat ke-3 : Blok Kasturi

Saguhati : Blok Tuah, Blok Arif dan Pintar, Blok Cendekiawan dan Blok Jebat 

Date of Input: 25/10/2019 | Updated: 25/10/2019 | naterah

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXETQAL~