Serdang, 2 Februari - Kolej Pendeta Za’ba(KPZ) telah menganjurkan Kursus Google Workspace dan kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada warga KPZ dalam memanfaatkan aplikasi Google Space dalam tugasan seharian yang melibatkan pengurusan kerja dan aktiviti pelajar di kolej di samping itu membantu meningkatkan kerjasama di kalangan warga KPZ.
Penceramah yang dijemput adalah Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM (iDEC), Ts. Saiful Ramadzan Hairani dan Encik Mohd Faiz Mazlan telah membimbing warga KPZ secara teori dan amali dalam penggunaan Google Space seperti Task, Chatbot dan penyelarasan di Google Calendar. Seramai tiga belas (13) orang peserta terdiri daripada staf dan felo KPZ merasakan ia amat bermanafaat untuk memberikan pengalaman menjalankan kolaborasi berskala besar dan dapat meningkatkan kerja berpasukan yang lebih efisien di kalangan felo dan staf KPZ menggunakan aplikasi Google Space ini.
Date of Input: 17/02/2023 | Updated: 21/02/2023 | naterah
KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN