
Jom Gaya Hidup Sihat 1.0 @ KPZ telah berjaya dilaksanakan pada Jumaat, 16 Januari bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Program ini dianjurkan sebagai inisiatif untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pejabat KPZ melalui aktiviti fizikal yang santai dan menyeronokkan.
Program dimulakan dengan senaman ringan sebagai sesi pemanasan badan sebelum peserta meneruskan aktiviti brisk walk melalui laluan sekitar Bukit Ekspo, Kolej Kediaman Serumpun dan Kolej Tun Aishah Ghani. Laluan ini bukan sahaja selamat dan sesuai untuk aktiviti berjalan pantas, malah menawarkan suasana persekitaran yang nyaman dan menghijau.

Sepanjang aktiviti, para peserta turut berpeluang menikmati pemandangan landskap yang indah, udara pagi yang segar serta suasana alam semula jadi yang mendamaikan. Aktiviti santai ini secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan kerja, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan sesama warga kerja.
Program Jom Gaya Hidup Sihat 1.0 @ KPZ diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform berterusan dalam menyokong kesejahteraan fizikal dan mental warga KPZ.
Date of Input: 20/01/2026 | Updated: 20/01/2026 | syafiqammar

KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN