KPZ MULA BERTANI!!! | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » KPZ MULA BERTANI!!!

KPZ MULA BERTANI!!!

KPZ MULA BERTANI

 

SERDANG, UPM – Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) Universiti Putra Malaysia telah mula menormalisasikan aktiviti pertanian dalam kalangan pengurusan kolej. Pada 29 November 2024, KPZ telah memulakan langkah awal dengan menanam sayur-sayuran di kawasan halaman sekitar pejabat bagi memudahkan tanaman dijaga dengan baik. Antara tanaman yang ditanam ialah kangkung, cilii, bayam dan sawi. Kaedah yang digunakan ialah perladangan organik. Dalam usaha menjayakan program pertanian ini KPZ menggunakan tenaga kerja staf pengurusan kolej dan pelajar KPZ. Dalam masa beberapa bulan hasil tanaman yang didapati adalah sangat positif. Hasil tanaman diagihkan kepada staf-staf dan pelajar. Program ini telah memberi pendedahan serta ilmu dan pengetahuan dalam bidang pertanian. Keterlibatan dalam kerja komuniti telah memberi pendedahan dalam pelbagai aspek seperti penanaman pokok, penyemaian benih, pembuatan kompos dan penggunaan racun organik yang menyebabkan peserta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam.

Salah seorang staf pengurusan iaitu Encik Shahaizat telah ditemubual berkaitan dengan program ini, beliau berkata “program sebegini harus diteruskan bagi meneruskan keterjaminan makanan di masa hadapan”.  Ujar beliau juga ‘ilmu pertanian ini juga dapat digunakan bagi mengelakkan kekurangan bekalan makanan dalam negara". Beliau juga berharap agar dengan bermulanya program pertanian di KPZ ini dapat menjadi pemacu semangat bagi pelajar-pelajar KPZ dan juga seluruh pelajar UPM untuk mula menormalisasikan pertanian dalam kehidupan seharian. 

Kpz juga berhasrat untuk mengembangkan lagi program pertanian di kolej dengan melibatkan lebih ramai pelajar bagi bersama-sama menjayakan program ini.  Langkah ini juga merupakan salah satu cara bagi menarik golongan belia untuk menceburi bidang pertanian dan boleh dijadikan salah satu hobi dalam kehidupan seharian. KPZ juga akan terus komited untuk mengekalkan pertanian dalam aktiviti pengurusan kolej dengan mengadakan bengkel pertanian dalam masa terdekat untuk meningkatkan lagi ilmu pertanian dalam kalangan staf kpz.

Date of Input: 14/01/2025 | Updated: 14/01/2025 | haniffzahalan

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6068
00000
Z, (07:35:46am-07:40:46am, 02 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]