PROGRAM CAREER PATHWAYS : ALUMNI INTERNSHIP ADVICE DALAM MEMBINA GRADUAN BERDAYA SAING | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » PROGRAM CAREER PATHWAYS : ALUMNI INTERNSHIP ADVICE DALAM MEMBINA GRADUAN BERDAYA SAING

PROGRAM CAREER PATHWAYS : ALUMNI INTERNSHIP ADVICE DALAM MEMBINA GRADUAN BERDAYA SAING

Serdang, 23 Januari 2026 – Seramai 300 orang pelajar Kolej Pendeta Za’ba telah menyertai program Career Pathways: Alumni Internship Advice yang dianjurkan oleh Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Pendeta Za’ba sesi 2025/2026 secara dalam talian melalui saluran YouTube KPZTV pada malam Jumaat.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar, khususnya pelajar tahun akhir, berkaitan realiti dunia pekerjaan melalui perkongsian pengalaman alumni semasa menjalani latihan industri. Pelaksanaan program ini dilihat sebagai platform berkesan dalam membantu pelajar membuat persediaan dari aspek mental, kemahiran profesional serta kefahaman terhadap budaya kerja dalam industri sebenar.

 

Pengisian program dibahagikan kepada dua slot utama iaitu perkongsian pengalaman semasa internship dan persediaan sebelum serta semasa latihan industri. Melalui slot perkongsian ini, para peserta didedahkan dengan cabaran sebenar di tempat kerja, skop tugasan yang perlu dilaksanakan, serta jangkaan majikan terhadap pelajar latihan industri.

Selain itu, peserta turut diberikan panduan praktikal berkaitan kemahiran penting seperti komunikasi profesional, pengurusan masa, etika kerja dan sikap positif di tempat kerja. Sesi soal jawab yang diadakan membolehkan para peserta mengemukakan soalan secara langsung serta mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada sudut pandang alumni.

Menurut pihak penganjur, program seumpama ini amat penting dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan serta membina keyakinan diri pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Penganjuran program ini juga diharap dapat menjadi jambatan penghubung antara pelajar dan alumni, seterusnya mewujudkan jaringan profesional yang bermanfaat pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, program Career Pathways: Alumni Internship Advice berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada pembangunan kerjaya pelajar selaras dengan aspirasi Kolej Pendeta Za’ba dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan berkualiti.

Date of Input: 12/06/2026 | Updated: 12/06/2026 | syafiqammar

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6068
00000
X, (01:24:40pm-01:29:40pm, 11 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]