“Prometech Fusion: Bonds Renewed” mengeratkan hubungan pelajar dalam kelab Prometech
Oleh : Danish Haikal
SERDANG, 19 MEI – Prometech Fusion: Bonds Renewed telah berlangsung dengan penuh sambutan di Bukit Ekspo dan Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kehadiran seramai 60 orang.
Program anjuran Sekretariat Ict, Multimedia Dan Publisiti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Pendeta Za’ba Sesi 2023/2024 ini merupakan program pertama yang diadakan untuk Kelab Prometech bagi sesi 2023/2024. Objektif “Prometech Fusion: Bonds Renewed” ini adalah untuk merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar.
Program “Prometech Fusion: Bonds Renewed” menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Salah satu aktiviti utama adalah explorace, di mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan pelbagai tugasan yang mencabar di sekitar Bukit Ekspo, UPM. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan kerjasama dan komunikasi antara ahli kumpulan, tetapi juga meningkatkan semangat berpasukan dan kreativiti. Dengan aktiviti explorace ini, ahli-ahli kelab dapat saling mengenali dan memahami kekuatan masing-masing, dan dapat bekerjasama dalam program-program akan datang dengan lebih efektif.
Selain itu, acara ini turut dimeriahkan dengan makan malam BBQ yang menghidangkan pelbagai jenis makanan lazat. Makan malam BBQ ini menjadi platform yang sempurna untuk para peserta bersosial dan berkenalan dengan lebih dekat. Sambil menikmati makanan, ahli kelab berpeluang berbual mesra dan berkongsi pengalaman serta cerita lucu, mencipta suasana yang penuh dengan keceriaan dan keakraban. Ini juga merupakan peluang yang baik untuk membina jaringan sosial yang kukuh, yang penting untuk kerjasama dalam aktiviti dan program pada masa hadapan.
“Prometech Fusion: Bonds Renewed” berjaya mencapai matlamatnya untuk menyatukan ahli-ahli kelab dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Diharapkan acara sebegini akan terus diadakan pada masa hadapan untuk memperkukuhkan lagi ikatan antara ahli kelab Prometech, supaya mereka dapat bekerjasama dengan lebih baik dalam program-program yang akan datang.

Aktiviti Explorace di Bukit Ekspo, UPM

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Explorace yang diumumkan di malam BBQ
Date of Input: 27/06/2024 | Updated: 27/06/2024 | naterah

KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN