The Glam Clash KPZ X Sobella | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » The Glam Clash KPZ X Sobella

The Glam Clash KPZ X Sobella

150 PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERLAHKAN BAKAT DALAM SENI TATARIAS

Oleh: Muhammad Amirul Hakim

SERDANG, SELANGOR, 17 November 2024 – Dengan usaha sama yang erat antara Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Pendeta Za’ba sesi 2024/2025 dan syarikat kecantikan terkenal, Sobella Beauty, program The Glam Clash KPZ X Sobella telah berjaya dianjurkan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada pelajar, khususnya dalam aspek pembangunan diri, keterampilan, dan pengetahuan mengenai industri kecantikan yang semakin berkembang pesat.

Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara pihak kolej dan industri luar, tetapi juga membuka peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu perniagaan serta keusahawanan dalam bidang kecantikan. Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun, termasuk bengkel solekan dan sesi soal jawab bersama pengasas Sobella Beauty, Puan Wan Nur Syuhada. Suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran dua pempengaruh industri kecantikan, Tyty Jamal dan Farah Deluna, yang turut serta menilai hasil solekan para peserta.

Melalui program ini, para peserta bukan sahaja dapat menimba pengalaman baharu, malah berpeluang untuk membina jaringan dengan individu berpengaruh dalam industri kecantikan.

Para peserta bersama tetamu kehormat.

 

Para peserta tekun menampilkan kreativiti masing-masing dalam suasana penuh fokus dan kemeriahan.

 

Dewan KPZ dipenuhi peserta berpakaian serba putih yang menepati tema “Akad Nikah”

 

Date of Input: 19/03/2025 | Updated: 19/03/2025 | haniffzahalan

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6068
00000
F, (09:32:28am-09:37:28am, 02 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]