Pejabat Pentadbiran KPZ telah mengambil inisiatif menanam pokok di kawasan hadapan Pejabat Pentadbiran KPZ, P2 untuk memberikan kehijauan landskap KPZ disamping mempergiatkan projek penanaman pokok di sekitar kolej kediaman.
Pokok betik dan pokok peria telah ditanam disekitar pejabat pentadbiran yang akan memberi manafaat kepada staf dan juga pelajar KPZ. Disamping itu juga pokok cili juga telah disemai di dalam 'polybag' hitam di kawasan tersebut.
Penanaman pokok telah dijalankan bermula pada 6 Februari 2023 dan penambahan jenis pokok lain juga akan dibuat dalam masa terdekat dan pelbagai pokok sayuran lain juga akan ditanam untuk memperkasakan projek penanaman yang dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Kolej Pendeta Za'ba.
Projek penanaman ini telah dikendalikan oleh Pejabat Pentabdiran KPZ dan kerja-kerja penanaman telah dibuat oleh semua staf pelaksana KPZ.
Updated:: 12/05/2023 [naterah]
KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN