15 PTJ BERJAYA DI SENARAI PENDEK BAGI PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG INTER-PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » 15 PTJ BERJAYA DI SENARAI PENDEK BAGI PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG INTER-PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

15 PTJ BERJAYA DI SENARAI PENDEK BAGI PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG INTER-PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

 

SERDANG-21 Ogos, Kolej Pendeta Za'ba UPM telah termasuk dalam senarai 15 PTJ berjaya di senarai pendek bagi pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ sempena Program Semarak Merdeka 2023 yang telah dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2023 yang bertemakan "Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan".

Tahun ini Kolej Pendeta Za'ba telah mengibarkan lebih kurang 300 helai bendera Malaysia sekitar kawasan kolej kediaman dan menyediakan bendera mega bersaiz 15x15 kaki menggunakan enam puluh (60) helai kain cadar terpakai dan diwarnai dengan menggunakan cap tangan dianggarkan sebanyak 1142 cap tangan yang dihasilkan oleh staf dan pelajar Kolej Pendeta Za'ba.

Semangat kerjasama, usaha dan kerja keras ini dapat menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan warga kampus UPM sekaligus meningkatkan ukhuwah antara staf dan pelajar KPZ khususnya.

Date of Input: 28/08/2023 | Updated: 28/08/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcGAn~