40 MAHASISWA DILANTIK SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ, KOLEJ PENDETA ZA'BA | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » 40 MAHASISWA DILANTIK SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ, KOLEJ PENDETA ZA'BA

40 MAHASISWA DILANTIK SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ, KOLEJ PENDETA ZA'BA

SERDANG 14 Julai, -  Seramai 40 orang pelajar Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dilantik sebagai ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) KPZ bagi sesi 2023/2024 dalam Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024 serta sesi serah tugas oleh MPK sesi 2022/2023 di Dewan Kolej Pendeta Za’ba.

 

            Pengetua KPZ, YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya. Dr. Mohamad Azani Alias berkata, majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan dan usaha barisan MPK sesi 2022/2023 seterusnya melantik barisan kepimpinan yang baharu.

 

            “Pencapaian akademik semata-mata tidak menjamin kebolehpasaran graduan secara terus kerana majikan mengharapkan setiap pelajar memiliki kemahiran insaniah yang tinggi untuk membezakan individu dengan graduan yang lain, cemerlang dalam akademik bukanlah satu penentu untuk ke alam pekerjaan,” katanya semasa menyampaikan ucapan dan menyempurnakan watikah pelantikan.

 

            Antara agenda utama majlis watikah tersebut adalah pelantikan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Pendeta Za’ba sesi 2023/2024, bacaan ikrar Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024, sesi menyerah tugas Majlis Perwakilan Kolej sesi 2022/2023 kepada Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024, dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada Majlis Perwakilan Kolej sesi 2022/2023.

 

            “Dalam kesempatan ini, saya akan berusaha untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan memimpin barisan Majlis Perwakilan Kolej yang baharu ini ke arah kecemerlangan dan seterusnya mengharumkan nama Kolej Pendeta Za’ba bukan sahaja di peringkat universiti malah di peringkat antarabangsa,” kata Noor Hayatullah Noor Mazli, Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Pendeta Za’ba bagi sesi 2023/2024 dalam ucapan dasar beliau.

 

 

YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya. Dr. Mohamad Azani Alias (Pengetua KPZ) bersama Puan Norazlina Zulkefli (Penolong Pendaftar Kanan KPZ),  saudara Noor Hayatullah Noor Mazli (Presiden MPK sesi 2023/2024) dan barisan felo Kolej Pendeta Za’ba serta barisan MPK sesi 2023/2024.

 

Saudara Noor Hayatullah Noor Mazli (Presiden MPK sesi 2023/2024) menyampaikan ucapan dasar beliau.

 

 Sesi bacaan ikrar yang diketuai oleh Noor Hayatullah Noor Mazli  (Presiden MPK sesi 2023/2024) dan barisan MPK sesi 2023/2024.

Saudara Ahmad Iskandar Rushisham (Mantan Presiden MPK sesi 2022/2023) menyerahkan fail sewaktu sesi menyerah tugas kepada Noor Hayatullah Noor Mazli (Presiden MPK sesi 2023/2024).

 

Oleh: Ellis Syaqira

Date of Input: 08/11/2023 | Updated: 08/11/2023 | naterah

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcGAr~