AGIHAN SUMBANGAN JUADAH BERBUKA RUMAH MAKAN CIBIUK | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » AGIHAN SUMBANGAN JUADAH BERBUKA RUMAH MAKAN CIBIUK

AGIHAN SUMBANGAN JUADAH BERBUKA RUMAH MAKAN CIBIUK

SERDANG, 3 April 2023– Rumah Makan Khas Sunda Cibiuk telah menyumbangkan pÄ™k agihan juadah berbuka kepada pelajar Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Putra Malaysia. Sumbangan menu istimewa sebanyak 100 pek telah diagihkan kepada pelajar asnaf Kolej Pendeta Za’ba (KPZ).

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha Rumah Makan Cibiuk yang diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan terutama pelajar IPTA. Majlis telah dihadiri oleh Pengetua, Kolej Pendeta Za’ba, Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Bin Alias dan dengan telah dimeriahkan kehadiran penginfaq iaitu Pengusaha, Rumah Makan Cibiuk Dr. Noraini Abdul Shukor yang merupakan alumni UPM.

Pihak kolej amat berterima kasih dan menghargai sumbangan yang telah diberikan kepada pelajar asnaf Kolej Pendeta Za’ba dan dengan sumbangan ini pelajar asnaf KPZ dapat berbuka dengan menikmati juadah Rumah Makan CibiuK yang lazat. KPZ juga amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dan sedekah untuk pelajar asnaf KPZ pada masa-masa akan datang.

“Konsep sedekah bukan sekadar memberi wang kepada mereka yang memerlukan, sebaliknya konsep sedekah dalam Islam luas selagi membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Malah dalam Islam sendiri, antara yang dianjurkan adalah dengan memberi sedekah dalam bentuk makanan kepada golongan yang memerlukan”.

 

Date of Input: 05/04/2023 | Updated: 05/04/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcFAp~