JOHAN PERTANDINGAN KOIR KEMERDEKAAN INTER PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » JOHAN PERTANDINGAN KOIR KEMERDEKAAN INTER PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

JOHAN PERTANDINGAN KOIR KEMERDEKAAN INTER PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

SERDANG - 24 Ogos, pasukan koir GEMA NIRMALA (gabungan Kolej Kediaman, Pejabat TNC HEPA dan BHEP ) telah mendapat Johan dalam Pertandingan Koir Kemerdekaan Inter PTJ sempena Program Semarak Merdeka 2023 yang dijalankan di Panggung Percubaan, UPM dengan membawa lagu 'Setangkai Mawar'.

Sebanyak 20 pasukan koir dari pelbagai PTJ di UPM telah menyertai pertandingan ini dan telah memberikan persembahan yang menarik dan kreatif mengikut tema 'Malaysia Madani'.

Lagu 'Setangkai Mawar' yang telah dipersembahkan oleh kumpulan GEMA NIRMALA adalah ciptaan asal dan lirik oleh Hj. Mahzan Manan, gubahan lagu oleh Yeo Chow Shern dan olahan lagu oleh Haziq Ahmad, Haikal Shariff dan Fikri Hassan.

Date of Input: 28/08/2023 | Updated: 28/08/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcNAl~