KPZ NAIB JUARA PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE-66 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » KPZ NAIB JUARA PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE-66

KPZ NAIB JUARA PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE-66

SERDANG- 30 Ogos 2023, Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas di atas kejayaan  staf dan pelajar KPZ kerana memenangi NAIB JOHAN dalam pertandingan Kibar Jalur Gemilang bagi Program Semarak Merdeka 2023 anjuran PKKSSAAS UPM semasa Majlis Sambutan Ambang Merdeka bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 peringkat Universiti Putra Malaysia pada 30 Ogos 2023  bertempat di Dewan Besar , PKKSSASS UPM.

KPZ juga melakar kejayaan yang lebik tahun ini kerana pada tahun 2022 KPZ telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kibar jalur gemilang pada tahun tersebut dan pada tahun ini juga Kolej Pendeta Za’ba turut memenangi anugerah khas juri iaitu kreativiti elemen kitar semula terbaik yang menggunakan cadar terpakai sebagai bahan kitar semula yang dijadikan bendera mega menggunakan cap tangan pelajar dan staf KPZ.

KPZ akan sentiasa memberikan sokongan terhadap penganjuran program sebegini bagi meningkatkan semangat cintakan negara dan semangat Malaysia Madani di kalangan staf dan pelajar KPZ.

Date of Input: 14/09/2023 | Updated: 14/09/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcTAB~