MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA KLUSTER KOLEJ KEDIAMAN 2023 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA KLUSTER KOLEJ KEDIAMAN 2023

MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA KLUSTER KOLEJ KEDIAMAN 2023

Serdang, 10 Mei 2023 - Majlis Sambutan Mega Raya Kluster Kolej Kediaman 2023 telah dijalankan dengan meriah tahun ini memandangkan tahun ini kluster kolej kediaman bukan sahaja terdiri daripada gabungan kolej kediaman tetapi turut serta dari entiti lain seperti Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Institut Pendidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), badan beruniform UPM iaitu Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS), Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) yang telah dijalankan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Sumbangan juadah yang telah disediakan oleh KPZ adalah Air Balang Jagung Leleh dengan menu utama disediakan oleh pihak kolej kediaman adalah nasi tomato. Manakala sumbangan daripada Pengetua adalah sate. 

Majlis disambut dengan meriah dengan kehadiran Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan pelajar kolej yang turut sama hadir bersama-sama meraikan majlis sambutan mega raya kluster kolej kediaman.    

Date of Input: 10/05/2023 | Updated: 10/05/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcOAE~