PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK OLEH KELAB PERMOTORAN HARLEY DAVIDSON KINGZ MG | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK OLEH KELAB PERMOTORAN HARLEY DAVIDSON KINGZ MG

PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK OLEH KELAB PERMOTORAN HARLEY DAVIDSON KINGZ MG

SERDANG, 8 APRIL 2023- Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima sumbangan bubur lambuk oleh Kelab Permotoran Harley Davidson KINGZ MG.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Permotoran Harley Davidson KINGZ MG telah dijalankan di MAEPS, Serdang dan salah satu aktiviti program mereka telah dijalankan di Kolej Pendeta Za’ba, UPM iaitu penyerahan sumbangan bubur lambuk untuk menyantuni Pelajar B40, Asnaf, Cacat Anggota, Anak Yatim dan Anak-Anak Jagaan Pusat Kebajikan sekitar Petaling pada bulan Ramadan.

Konvoi motosikal Harley Davidson bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Harley Davidson Kuala Lumpur (HDKL) telah hadir ke KPZ bersama kehadiran Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Encik Nuruliman Bin Ibrahim telah menyerahkan sumbangan bubur lambuk sebanyak 200 pek kepada pelajar asnaf dan pelajar KPZ yang telah dijalankan di Dewan Kolej Pendeta Za’ba. Sumbangan yang diberikan dapat memberikan bantuan kepada semua warga KPZ yang memerlukan terutamanya pelajar asnaf dan pelajar di kalangan B40, manakala tiga (3) orang pelajar KPZ juga telah terdiri daripada pelajar asnaf dan cacat anggota terpilih untuk menerima  sumbangan duit raya dan baju raya pada program di MAEPS, Serdang. KPZ mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan dan mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada NGO lain di masa-masa akan datang.

Date of Input: 10/04/2023 | Updated: 10/04/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcWA6~