QAMAR PENDETA PRODUCTION NAIB JOHAN PERTANDINGAN GREEN DRAMA MUZIKAL INTERKOLEJ | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » QAMAR PENDETA PRODUCTION NAIB JOHAN PERTANDINGAN GREEN DRAMA MUZIKAL INTERKOLEJ

QAMAR PENDETA PRODUCTION NAIB JOHAN PERTANDINGAN GREEN DRAMA MUZIKAL INTERKOLEJ

SERDANG, 29 November - Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) melalui Qamar Pendeta Production telah berjaya meraih Naib Johan bagi Pertandingan Green Drama Muzikal Interkolej yang diadakan bersempena dengan Pesta Konvokesyen 2023 pada 28 November yang lalu di Pentas Utama, Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

 

Pertandingan ini merupakan sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dengan kolaborasi bersama Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan bertujuan bagi mengasah bakat seni lakonan serta nyanyian dalam kalangan mahasiswa.

 

Qamar Pendeta Production melalui pementasan drama muzikal yang bertajuk ‘Robot’ telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi pertandingan ini dengan pementasan yang berkonsepkan suasana di warung sebuah kampung.

Tahniah diucapkan kepada Qamar Pendeta Production diatas kejayaan yang berjaya mengharumkan nama kolej diperingkat UPM ini.

 

Diharapkan agar pencapaian ini dapat dijadikan sebagai satu pembakar semangat bagi semua ahli Kolej Pendeta Za’ba yang lain untuk pertandingan yang akan datang.

 

 

 

 

Ahli Qamar Pendeta Production yang terlibat dalam pementasan drama muzikal ‘Robot’ sewaktu diumumkan sebagai Naib Johan.

 

Para pelakon drama muzikal ‘Robot’ sewaktu sesi latihan.

 

Oleh: Ellis Syaqira

Date of Input: 08/01/2024 | Updated: 08/01/2024 | naterah

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcNAv~