SERDANG, 27 November - Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) melalui Sri Dewangga Za’ba telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Putra Got Talent yang diadakan sewaktu Pesta Konvokesyen 2023 bertempat di Pentas Utama, Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian, Universiti Putra Malaysia.
Pertandingan yang terbuka kepada semua mahasiswa UPM ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Selangor (PERMAS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan bertujuan untuk mencungkil bakat seni dalam kalangan mahasiswa.
Sri Dewangga Za'ba telah diangkat selaku Johan pertandingan ini melalui persembahan tarian tradisional zapin yang dipersembahkan oleh 6 orang mahasiswa Kolej Pendeta Za’ba. Para peserta berjaya memberikan persembahan yang memukau walaupun hanya berlatih dalam masa yang sangat singkat.
Tahniah diucapkan kepada Sri Dewangga Za’ba diatas kejayaan yang berjaya mengharumkan nama kolej diperingkat UPM ini.
Diharapkan agar pencapaian ini dapat dijadikan sebagai satu pembakar semangat bagi semua ahli Kolej Pendeta Za’ba yang lain untuk pertandingan yang akan datang.
Kumpulan Sri Dewangga Za’ba sewaktu dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Putra Got Talent.
Kumpulan Sri Dewangga Za'ba sewaktu sesi latihan.
Oleh: Ellis Syaqira
Date of Input: 08/01/2024 | Updated: 08/01/2024 | naterah
KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN