TAKLIMAT KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) KOLEJ KEDIAMAN 2023, UPM | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » TAKLIMAT KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) KOLEJ KEDIAMAN 2023, UPM

TAKLIMAT KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) KOLEJ KEDIAMAN 2023, UPM

 

Serdang, 9 Mei 2023 -Taklimat Kesedaran Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kolej Kediaman 2023, UPM telah dijalankan di Bilik Seminar Dusun Permai, Kolej Canselor dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (IDEC).        

Taklimat telah dihadiri oleh staf pelaksana kolej dan pentadbir kolej untuk penerangan mengenai Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kolej Kediaman khususnya kepada staf baharu dan staf lama kolej untuk bersiap sedia menghadapi audit dalaman pada bulan Jun 2023 ini.

Penceramah daripada Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (IDEC) yang telah hadir memberikan taklimat ISMS adalah Encik Ts.Shahril Iskandar Amir dan Encik Ts. Wan Hafizi Wan Umar. Penceramah telah menerangkan mengenai Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), tips persiapan menghadapi audit, penerangan mengenai sistem MyRAM dan sesi soal jawab telah dijalankan dapat memberikan kefahaman yang lebih lanjut mengenai ISMS. Taklimat lanjut mengenai sistem MyRAM dan sistem SMP baharu akan dirancang pada masa akan datang.

Date of Input: 10/05/2023 | Updated: 10/05/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEcLAS~