HARI ANUGERAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KOLEJ PENDETA ZA'BA 2023/2024 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » HARI ANUGERAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KOLEJ PENDETA ZA'BA 2023/2024

HARI ANUGERAH EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KOLEJ PENDETA ZA'BA 2023/2024

 

SERDANG, 22 Januari 2024 -   Kolej Pendeta Za’ba telah menjalankan Hari Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat PTJ 2023/2024. Hari Anugerah merupakan pengiktirafan kepada warga KPZ yang melaksanakan dan mengamalkan EKSA di tempat kerja dan sekitar kawasan KPZ. Usaha dan komitmen staf, pelajar dan felo bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang kondusif sejajar dengan visi EKSA.

 

Terdapat lima (5) kategori yang dipertandingkan iaitu ruang kerja staf terbaik, sudut terbaik, ruang terbaik, stor terbaik dan blok kediaman terbaik. Pengurusan Kolej Pendeta Za'ba sentiasa menyokong usaha dalam memastikan amalan EKSA dapat dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan terutamanya menjurus kepada kolej kediaman.

Tarikh Input: 23/01/2024 | Kemaskini: 06/02/2024 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEdHAT~