SUMBANGAN IFTAR KEPADA PELAJAR KOLEJ PENDETA ZA'BA OLEH RUMAH MAKAN KHAS SUNDA CIBIUK | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » SUMBANGAN IFTAR KEPADA PELAJAR KOLEJ PENDETA ZA'BA OLEH RUMAH MAKAN KHAS SUNDA CIBIUK

SUMBANGAN IFTAR KEPADA PELAJAR KOLEJ PENDETA ZA'BA OLEH RUMAH MAKAN KHAS SUNDA CIBIUK

 

 

SERDANG, 25 Mac 2024 – Rumah Makan Khas Sunda Cibiuk telah menyumbangkan pÄ™k agihan juadah berbuka kepada pelajar Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Putra Malaysia. Sumbangan menu istimewa sebanyak 100 pek telah diagihkan kepada pelajar asnaf Kolej Pendeta Za’ba (KPZ). Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha Rumah Makan Cibiuk yang diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan terutama pelajar IPTA.

Pihak kolej amat berterima kasih kepada Pengusaha Rumah Makan Cibiuk, Dr. Noraini Abdul Shukor yang juga merupakan alumni UPM serta menghargai sumbangan yang telah diberikan kepada pelajar asnaf Kolej Pendeta Za’ba. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberikan peluang kepada pelajar asnaf KPZ berbuka dengan kenikmatan juadah oleh Rumah Makan Cibiuk yang lazat. KPZ juga amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dan sedekah kepada pelajar asnaf KPZ pada masa yang akan datang.

Seperti firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

“Konsep sedekah bukan sekadar memberi wang kepada mereka yang memerlukan, sebaliknya konsep sedekah dalam Islam meluas selagi membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Malah dalam Islam sendiri, antara yang dianjurkan adalah dengan memberi sedekah dalam bentuk makanan kepada golongan yang memerlukan”.

 

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeCAJ~