MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ZIARAH EHSAN SISWA AL-FALAH | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» BERITA » MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ZIARAH EHSAN SISWA AL-FALAH

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ZIARAH EHSAN SISWA AL-FALAH

 

Serdang, 14 Januari 2023 : Telah berlangsung Majlis penyerahan bantuan ziarah ehsan siswa Al-falah di Kolej Pendeta Za’ba. Majlis ini berlangsung pada Sabtu, 14 Januari di Bilik Tun Fatimah, KPZ P2 . Majlis ini mempunyai objektif dan impak yang tersendiri iaitu untuk bersama-sama membantu pelajar yang terdiri daripada golongan B40.

 

 

Seramai 30 orang pelajar KPZ yang telah menerima bantuan ini. Kesemua pelajar ini telah dikenal pasti datang daripada golongan keluarga B40. Kesemua pelajar ini telah menerima bantuan yang berbentuk barangan keperluan dan makanan.

 

 

Turut hadir pada sesi penyerahan bantuan tersebut ialah Puan Norazlina Zulkefli wakil daripada Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Azani Alias Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, Ketua Felo En. Shahfuan dan barisan felo, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Barisan Tertinggi Majlis Perwakilan Kolej serta barisan pelajar yang dihargai.

 

Majlis penyerahan berlangsung dengan lancar. Diharapkan dengan bantuan barangan keperluan dan makanan ini dapat meringankan beban pelajar.

 

 

 

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 16/01/2023 | naterah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEeGAU~