SERDANG, 21 Ogos, Kolej Pendeta Za’ba telah menyertai Pertandingan Fotografi Merdeka sempena Program Semarak Merdeka Universiti Putra Malaysia 2023 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, UPM.
Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan warga kampus UPM di samping menampilkan bakat dan keterampilan dalam bidang fotografi oleh staf dan pelajar KPZ.
Sehubungan itu, Kolej Pendeta Za’ba turut bersama mengambil inisiatif dengan menghantar penyertaan dalam Pertandingan Fotografi Merdeka anjuran PKKSSAAS, UPM sempena meraikan Hari Kemerdekaan yang Ke-66 ini.
Seramai 54 peserta daripada 24 PTJ telah menyertai dan 2 penyertaan adalah daripada staf dan pelajar Kolej Pendeta Za'ba yang telah memberikan hasil fotografi yang menarik berkaitan dengan kemerdekaan.
Tarikh Input: 28/08/2023 | Kemaskini: 28/08/2023 | norazlinazul
KOLEJ PENDETA ZA'BA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN