PENYERTAAN PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA INTER PTJ | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » PENYERTAAN PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA INTER PTJ

PENYERTAAN PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA INTER PTJ

SERDANG- 22 Ogos, Kolej Pendeta Za'ba telah menghantar satu penyertaan bagi pertandingan Sayembara Puisi Merdeka Inter PTJ anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM dengan penyertaan oleh Encik Muhammad Khairul Azim bin Khairul Amir dengan puisi nukilan beliau sendiri bertajuk "Langit Benderang Jiwa Kelepasan"

Salah satu program semarak merdeka yang dianjurkan oleh PKKSSAAS iaitu pertandingan sayembara deklamasi puisi merdeka ini telah menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan warga UPM melalui seni puisi dalam masyarakat, memartabatkan bahasa malaysia dan menerapkan rasa cinta kepada negara melalui wadah puisi.

Penyertaan daripada lebih kurang 30 PTJ telah memberikan saingan yang hebat dalam memberikan kepelbagaian gaya bahasa dan keunikan dalam penyampaian puisi ini.

Pihak kolej akan mempergiatkan penyertaan untuk tahun hadapan dengan penglibatan dari pelajar kolej mahupun staf dan membuka peluang kepada pelajar dan staf untuk mengekspresikan rasa cinta kepada negara melalui deklamasi sajak.

Date of Input: 29/08/2023 | Updated: 29/08/2023 | norazlinazul

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEdHAI~