SRI DEWANGGA ZA'BA JOHAN PERTANDINGAN PUTRA GOT TALENT SEMPENA PESTA KONVOKESYEN 2023 | KOLEJ PENDETA ZA'BA
» NEWS » SRI DEWANGGA ZA'BA JOHAN PERTANDINGAN PUTRA GOT TALENT SEMPENA PESTA KONVOKESYEN 2023

SRI DEWANGGA ZA'BA JOHAN PERTANDINGAN PUTRA GOT TALENT SEMPENA PESTA KONVOKESYEN 2023

SERDANG, 27 November - Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) melalui Sri Dewangga Za’ba telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Putra Got Talent yang diadakan sewaktu Pesta Konvokesyen 2023 bertempat di Pentas Utama, Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Pertandingan yang terbuka kepada semua mahasiswa UPM ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Selangor (PERMAS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan bertujuan untuk mencungkil bakat seni dalam kalangan mahasiswa.

 

Sri Dewangga Za'ba telah diangkat selaku Johan pertandingan ini melalui persembahan tarian tradisional zapin yang dipersembahkan oleh 6 orang mahasiswa Kolej Pendeta Za’ba. Para peserta berjaya memberikan persembahan yang memukau walaupun hanya berlatih dalam masa yang sangat singkat.

 

Tahniah diucapkan kepada Sri Dewangga Za’ba diatas kejayaan yang berjaya mengharumkan nama kolej diperingkat UPM ini.

 

Diharapkan agar pencapaian ini dapat dijadikan sebagai satu pembakar semangat bagi semua ahli Kolej Pendeta Za’ba yang lain untuk pertandingan yang akan datang.

 

 

Kumpulan Sri Dewangga Za’ba sewaktu dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Putra Got Talent.

 

Kumpulan Sri Dewangga Za'ba sewaktu sesi latihan.

 

Oleh: Ellis Syaqira

Date of Input: 08/01/2024 | Updated: 08/01/2024 | naterah

MEDIA SHARING

KOLEJ PENDETA ZA'BA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7387
00000
SXEdHAb~